Friday 12 July 2019

PULUT SEKAYA PADUU


Oleh ResepiMama
Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: Jam Minit
Hidangan: Orang

Petang-petang macam ni makan pulut sekaya memang best. Resepi pulut sekaya legend dari orang lama



PULUT SEKAYA

Bahan-bahan

Lapisan Bawah

1 cawan pulut
santan sama paras dengan pulut bukan sama banyak
1 s/t garam
2 sudu gula
*kalau jenis suka pulut yg tebal boleh lebihkan pulut



Lapisan Atas

5 biji telur
1 sudu tepung gandum (tak nak letak pon tak pa sebab tujuan dia nak bagi keras sedikit bila lepas masak senang nak potong)
1 s/t garam
3/4 cawan gula, ikut tahap manis masing-masing
Sedikit serbuk kulit kayu manis, dalam setengah cubit (tak nak letak pon tak pa)
Santan 2 cawan
10-15 helai daun pandan
*mula-mula blend santan dengan daun pandan, tapih dan perah lepas tu blend semua bahan.

Cara Memasak

1.Basuh pulut bersih-bersih
2.Masukkan santan letakkan garam dan gula.
3.Kukuskan sehingga pulut masak.
4.Gaul dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5.Tuangkan bahan-bahan lapisan atas yg telah diblend ke atas lapisan pulut yg telah dimampatkan
6.Kukus semula sehingga lapisan atas masak (cara nak tahu dah masak atau belum,cucuk guna garfu)

*Sejukkan sebelum dipotong*
*saya menggunakan saiz loyang 22cm
*nak lemak berkrim guna santan kelapa asli, saya guna sebiji kelapa untuk resepi ni

Selamat mencuba sangat sedap sangat lemak... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

1 comments:

  1. bingung pulang kerja tidak tahu mau mengerjakan apa
    ayo di tunggu apa lagi segera bergabung dengan kami
    di i/o/n/n/q/q kami tunggu lo ^^

    ReplyDelete

 

RESEPI MAMA Template by Ipietoon Cute Blog Design